Piala Raja Sepanyol: Dua Gol Torres Bawa Atletico Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 7:52 AM

Fernando Torres

(Ubah saiz teks)

FERNANDO Torres mencuri perhatian dalam perlawanan dramatik awal pagi Jumaat apabila mencatatkan keputusan seri 2-2 di Real Madrid, menyingkirkan lawannya dengan agregat 4-2 dalam saingan merebut Piala Raja Sepanyol.

Torres yang kembali ke kelab zaman remajanya selepas tujuh tahun mencuba nasib di England dan Itali, mengejutkan Bernabeu dengan golnya seawal minit pertama, dalam pertembungan kedua perlawanan peringkat 16 terakhir. Ini adalah kali pertama dia menjaringkan gol menentang Real di arena gergasi mereka di ibu negara Sepanyol.

Walaupun Sergio Ramos dan Cristiano Ronaldo membolosi gawang tuan rumah sebanyak dua kali tetapi Atletico, yang memenangi perlawanan pertama minggu lalu di Calderon dengan keputusan 2-0 selesa dengan keputusan itu untuk mara ke peringkat suku akhir menentang Barcelona.

Barcelona menang besar 5-0 ke atas Elche pada perlawanan pertama mereka di Nou Camp.

"Hakikatnya apabila kita menjaringkan gol dengan begitu awal bermakna kita boleh bermain dengan cara yang kita mahukan," kata Torres dalam satu temu bual dengan penyiar televisyen Sepanyol Canal Plus.

"Kami tidak pernah berasa keputusan berada dalam bahaya dan kita tidak berada dalam tekanan," kata bekas pemain Liverpool dan Chelsea ini.

"Saya tersenyum dengan kemenangan ini dan dapat menjaringkan dua gol pertama saya (sejak kembali ke Sepanyol) dan juga kerana melakukannya di sebuah stadium yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini."
Tags / Kata Kunci: Piala Raja Sepanyol , Fernando Torres

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan