Liga-M: Subkhiddin Akui Pemain Import Ada Pro & Kontra

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 10:52 AM

Mohd Subkhiddin Mohd Salleh

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Liga Malaysia 2015 (Liga-M) yang bakal membuka tirai pada Mac ini pastinya ditunggu-tunggu peminat bola sepak tempatan selepas hampir empat bulan berehat panjang sebaik sahaja tamat aksi musim lalu.

Penantian Liga-M tentunya kerana ia adalah medan di mana setiap pasukan negeri, kelab atau pemain mempamerkan kehebatan masing-masing untuk merebut gelaran "terbaik di kalangan terhebat". 

Malah gelagat penyokong-penyokong fanatik pasukan yang menjadi pemain ke-12 juga dirindui, malah ternyata sekali mereka antara faktor penting kemeriahan bola sepak tempatan.

Tambahan pula musim baharu ini bakal menyaksikan kekuatan setiap pasukan dengan muka-muka baharu pemain yang berpindah mencari angin berbeza sekaligus menjadi taruhan penting kepada jurulatih.

Namun salah satu sebab mengapa Liga-M musim ini ditunggu-tunggu adalah kerana ingin melihat kehebatan setiap pasukan itu dengan sentuhan pemain-pemain tempatan yang terpaksa bekerja keras untuk bersaing dengan kelincahan pemain import.

Ini kerana, pada Disember lalu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meluluskan kuota  setiap pasukan  dibenarkan memiliki empat pemain asing yang boleh beraksi serentak.

Pelbagai reaksi yang diterima bukan sahaja daripada peminat-peminat bola sepak tanah air, malah komen atau pendapat daripada golongan profesional juga yang turut meluahkan perasaan berbeza - ada bersetuju dan sebaliknya.

Namun setiap peraturan yang diputuskan FAM itu, sudah pastinya diteliti dan dikaji demi kepentingan bola sepak negara.

Bagi pengadil bola sepak Malaysia yang pernah menyertai Piala Dunia FIFA, Mohd Subkhiddin Mohd Salleh, beliau turut meluahkan pandangannya sebagai orang lama yang terlibat dalam arena bola sepak negara.

Jelasnya, memang diakui kehadiran pemain import adalah sangat baik dan secara realitinya telah berjaya menarik kehadiran penonton ke stadium.

“Terdapat pro dan kontra dalam isu ini, saya secara jujurnya ingin melihat pemain tempatan mendominasi keseluruhan liga.

“Namun perlu diingati objektif kehadiran mereka ke dalam liga tempatan kita, adakah ianya membantu membangunkan industri bola sepak negara, atau adakah ianya berjaya meningkatkan pencapaian bola sepak negara kira di kalangan pasukan di seluruh Asia dan dunia amnya.

“Jika ianya dapat meningkatkan kemahiran dan disiplin di kalangan pemain-pemain tempatan, maka ianya satu perkembangan yang sangat baik.

“Bagaimanapun, jika ianya hanya untuk menjadikan liga tempatan meriah seperti mana Liga Inggeris tetapi menyekatkan perkembangan bakat dan kualiti pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa maka ianya adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan. 

“Sebagai contoh, pasukan kebangsaan England sehingga kini masih kehilangan arah sekalipun liga mereka menjadi tumpuan di seluruh dunia,” jelasnya yang kini berada di Australia mengadili aksi  Piala Asia yang sedang berlangsung.

Subkhiddin,49, pernah dilantik sebagai pengadil Piala Dunia FIFA bawah 20 pada 2007 di Kanada sebelum terbang ke Afrika Selatan sebagai pengadil keempat pada aksi Piala Dunia 2010.

Sebelum itu, pengadil kelahiran Parit Buntar ini mula terlibat dengan dunia pengadilan bola sepak tempatan dalam Liga Super  pada 1995 sebelum menjadi pengadil penuh antarabangsa untuk FIFA pada tahun 2000.

Manakala pada 2008, Subkhiddin menjadi pengadil pertama Malaysia sebagai Pengadil Elit AFC.

Tags / Kata Kunci: Mohd Subkhiddin , Liga Malaysia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan