Semua Laporan Tidak Benar, Saya Sangat Marah - Messi

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS pelbagai laporan atau khabar angin timbul, Lionel Messi akhirnya tampil mendedahkan perkara sebenar mengenai diri dan kelabnya, Barcelona.

Bintang Argentina itu mengambil keputusan untuk ditemuramah bersama ESPN dan mengakui apa yang timbul sekarang adalah perkara terburuk baginya.

Messi tampil menjawab laporan yang sebelum ini yang mengatakan dia menderita bersama jurulatih Luis Enrique serta berlagak seperti pengurus pasukan.

Bagaimana pun Messi sekeras-kerasnya menafikan laporan tersebut, malah turut mengesahkan khabar angin dia akan berpindah ke Manchester City atau Chelsea adalah tidak benar.

"Sudah tiba masanya saya tampil memberi penjelasan mengenai segala laporan yang timbul melibatkan diri saya.

"Ia satu situasi bertambah buruk apabila turut dihebohkan di dalam bilik persalinan pemain.
|
"Semua orang berada jengkel mengenai laporan yang tidak benar itu. Kami rasakan ada maklumat yang dibocorkan kepada media kerana inilah Barcelona.

"Namun ia sesuatu yang buruk dan tiada siapa antara kami mahu melihat laporan yang tidak betul atau salah faham yang boleh merosakkan moral pasukan.

"Saya mahu berbincang perkara ini. Tetapi saya tidak pernah berbuat demikian atau menafikannya tetapi hari ini sudah tiba masanya.

"Saya sangat marah apa yang dilaporkan itu tidak benar," jelasnya panjang lebar.

Messi juga menafikan laporan yang mengatakan dia akan bersara daripada aksi antarabangsa dan bermasam muka Carlos Tevez.

"Tidak benar laporan saya akan berhenti bermain dengan Argentina. Saya tidak pernah ketinggalan untuk menyertai skuad dan sentiasa bersedia jika dipanggil.

"Saya akan sentiasa bersama mereka dan tidak pernah bercakap mengenai perkara ini dengan Tata Martino (bos Argentina) malah akan sentiasa ada jika dia mahukan saya.

"Saya juga tidak ada masalah dengan Carlos dan kami sangat gembira apabila dia kembali ke pasukan kebangsaan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Barcelona

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan