Gary Milik Kedah, Perlu Kembali Ke Negeri Ini - Mukhriz

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 8:33 PM

Status Gary bakal diketahui pada Jumaat ini.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) tidak berniat menyusahkan mana-mana pihak dalam isu pemain Gary Steven Robbat, tetapi ia hanya mematuhi peraturan yang dirangka sendiri oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata KFA berpendapat bekas pemain Harimau Muda yang berasal dari Kulim itu milik Kedah dan mahu beliau kembali ke negerinya.

"Apa yang telah berlaku sangat-sangat kita kesali, kerana kita (KFA) bukan bertujuan hendak menyusahkan mana-mana pihak tetapi peraturan itu diwujudkan oleh FAM sendiri, jadi bukan kita hendak pandai-pandai tambah peraturan tetapi ini peraturan FAM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai status terkini Gary, selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman pada Rabu.

Gary didakwa menandatangani kontrak dengan dua pasukan iaitu Johor DarulTa'zim (JDT) dan Pahang musim ini.

Menurut Mukhriz, peraturan FAM adalah jelas di mana ia menghendaki mana-mana pemain Harimau Muda yang telah tamat kontrak dengan pasukan remaja negara itu perlu kembali ke pasukan negeri kelahiran masing-masing.

Beliau mengesyorkan supaya Gary kembali ke Kedah dan mengadakan perbincangan dengan persatuan negeri.

Beliau berharap Gary dan KFA dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana Kedah amat memerlukan kehebatannya untuk kebaikan pasukan negeri yang bertanding dalam kancah Liga Perdana tahun ini.

Mukhriz berkata beliau amat kesal dengan laporan-laporan media mengatakan Gary berlatih dengan pasukan JDT serta muncul dalam majlis memperkenalkan pemain-pemain JDT musim ini baru-baru ini. |
|
"Walhal kita tidak pernah mengeluarkan surat perlepasan (kepada Gary),"katanya.
|
Walaupun begitu, katanya, KFA masih belum menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak untuk menyelesaikan kemelut yang menyelubungi isu Gary dan bersedia untuk berkompromi.      

"Walaupun begitu kita masih boleh berkompromi, tetapi itu bergantung kepada rundingan. Tetapi setakat ini, tiada perbincangan mengenai perkara itu,"katanya. J

Jawatankuasa Status Pemain FAM dijangka mengadakan mesyuarat berhubung kespemain berusia 22 tahun itu pada Jumaat ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan