Carles Gil Sah Sertai Aston Villa

Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 10:00 AM

Carles Gilz.

(Ubah saiz teks)

LONDON:  Penyerang Sepanyol, Carles Gil sah menyertai Aston Villa selepas menandatangani kontrak empat tahun setengah dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Pemain berusia 22 tahun yang menyertai pasukan Valencia bawah 21 tahun, belum dapat dipastikan lagi sama ada akan bermain sebagai penyerang atau bahagian sayap.

Kehadiran Gil boleh membantu bahagian serangan Villa yang hanya menyumbat 11 gol dalam 21 perlawanan liga musim ini.

Villa tidak mendedahkan butiran yuran perpindahannya namun media Britain melaporkan Villa membayar kira-kira STG3.25 juta (AS$4.9 juta) untuk mendapatkan khidmatnya.

"Kami menemui pemain yang kreatif dan dia mampu memberi elemen tambahan kepada skuad kami," kata Pengurus Villa, Paul Lambert dalam laman web kelab itu.

"Dia hanya berusia 22 tahun dan dia datang ke sini untuk memberi sesuatu kepada kami yang kami tidak memilikinya ketika ini," katanya. 
Tags / Kata Kunci: Carles Gil , Aston Villa , Valencia

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan