MU Sedia RM654 Juta Sambar Muller, Pogba

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 3:01 PM

Muller bakal berhijrah ke MU dengan bayaran gaji berlipat ganda.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Manchester United bersiap sedia membelanjakan wang £122 juta (RM654 juta) untuk menyambar Thomas Muller dari Bayern Munich dan Paul Pogba dari Juventus.

Pada Isnin, media melaporkan, pasukan The Red Devils itu sudah bersedia memulakan era ‘Galactico’ selepas pemiliknya menyatakan kesediaan menambah peruntukan kewangan bagi mengukuhkan lagi skuad bimbingan Louis van Gaal itu.

Isyarat itu semakin kuat apabila Angel di Maria menandatangani perjanjian yang memerlukan MU berbelanja hampir £60 juta (RM322 juta) bagi mengikat pemain kebangsaan Argentina itu.

Satu lagi nama yang disebut-sebut bakal menguatkan skuad van Gaal ialah pemain Real Madrid, Gareth Bale.

Pemerhati berkata, pemain yang teratas diingini van Gaal nampaknya ialah Muller yang baru-baru ini ditawarkan kepada Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta (RM241 juta).

Pogba pula, di sebalik harga £77 juta (RM413 juta) dituntut Juventes terus menjadi buruan ketika prestasinya dianggap sebagai mindfield pertahanan terbaik Eropah ketika ini.

Selain MU, Pogba turut diintai Paris Saint Germaine dan Chelsea.

Tags / Kata Kunci: Thomas Muller , Paul Pogba , Juventus

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan