Mourinho Kutuk Pengadil Terlalu Gemuk

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 12:58 PM

Pengadil, Phil Dowd menjadi sasaran kemarahan Mourinho akibat kekalahan pasukannya dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur. Dowd juga pernah melayangkan kad merah kepada pemain Chelsea, Branislav Ivanovic (kiri) kerana mengasari pemain Manchester United, Angel Di Maria (kanan) pada Oktober lalu.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS diaibkan Tottenham Hotspur, pengurus Chelsea melepaskan kemarahannya kepada pengadil perlawanan dengan melontarkan kata-kata kecaman terhadap pegawai berkenaan.

Saksi berkata, ketika melalui terowong di Stadium White Hart Lane itu, Jose Mourinho menjerit ke arah Phil Dowd dengan berkata: “Kau terlalu gemuk untuk menjadi pengadil!"

Menurut saksi, Mourinho jelas gagal mengawal perasaannya pada perlawanan berkenaan.

Sebelum ini dia didakwa atas salah laku oleh persatuan bola sepak England kerana menuduh ada “kempen” tertentu untuk mengenakan Chelsea selepas pasukan berkenaan sekadar seri ketika menentang Southampton tiga hari sebelumnya.

Tidak cukup dengan menghina Dowd sebagai terlalu gemuk, Mourinho meneruskan kecamannya dengan berkata: “Kau sepatutnya bersara. Kau merugikan kami!"

Ketika kejadian ada beberapa orang di terowong berkenaan dan menjadi saksi drama itu.

Apabila Mourinho ditemu bual media selepas perlawanan yang berkesudahan Chelsea dimalukan 3-5 itu, dia berkata Dowd “terlalu lembap” mengendalikan perlawanan berkenaan.

“Ada sejumlah keputusan yang mengecewakan dibuat Dowd di atas padang,” katanya.

Bagaimanapun, difahamkan Mourinho kemudian bertemu Dowd di bilik persalinan pengadil berkenaan dan mungkin kedua-duanya menyelesaikan kes itu secara baik kerana insiden itu tidak dinyatakan dalam laporan perlawanan oleh pengadil.

Perlawanan itu pada awalnya dikuasai Chelsea dengan mendahului 1-0 tetapi beberapa insiden menyebabkan pasukan bimbingan pengurus digelar The Special One itu akhirnya kecundang.

Dowd akan berusia 52 akhir bulan ini dan pernah dilaporkan gagal ujian kecergasan pada Mei 2012.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan