Van Gaal Kecewa Man United Ditewaskan Southampton

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 8:06 AM

Louis Van Gaal. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

LOUIS Van Gaal meluahkan kekecewaannya selepas Manchester United ditewaskan oleh Southampton dengan 1-0 di Old Trafford, awal pagi Isnin. 

Ini kerana beliau yakin pasukan di bawah bimbingan Ronald Koeman itu hanya menyasarkan kedudukan yang seimbang dalam perlawanan tersebut.

Sebelas perlawanan tanpa kalah Manchester United ditamatkan Southampton pada jaringan lewat minit ke-69 oleh Dusan Tadic.

Kemenangan Southampton memberi kejutan apabila menewaskan pasukan Louis Van Gaal dalam pertemuan pertama musim ini.

"Kami tidak mendapat lebih banyak peluang meskipun mendominasi permainan. Kami memberikan mereka peluang pada minit pertama namun lebih dominan selepas itu. Kami mendapat tiga peluang berharga tetapi itu tidak cukup.

"Southampton mempunyai struktur permainan yang bagus, bertahan dengan baik tetapi saya yakin mereka bermain hanya untuk mendapat kedudukan yang seimbang. Tetapi mereka memperleh kemenangan. Ini sesuatu yang mengecewakan," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan