Jose Mourinho Elak Sidang Media Selepas Berdepan Pertuduhan FA - Bola Sepak | mStar

Jose Mourinho Elak Sidang Media Selepas Berdepan Pertuduhan FA

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 7:44 AM

Jose Mourinho

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho telah menarik diri daripada menghadiri sidang akhbar rutin pada Jumaat selepas berdepan dakwaan salah laku oleh Persatuan Bola Sepak (FA).

Mourinho mungkin menghadapi tindakan disiplin bagi komen yang dibuat mengenai pegawai perlawanan selepas seri 1-1 bulan lepas dengan Southampton, di mana dia mendakwa terdapat 'kempen yang jelas' terhadap kelab itu.

Dia dijadualkan untuk bertemu dengan media pada waktu makan tengahari pada Jumaat berhubung perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan Newcastle, tetapi tidak lama selepas FA mengumumkan dakwaan tersebut, Chelsea mendedahkan tempatnya akan digantikan oleh penolong pengurus Steve Holland.

Mourinho mendakwa satu kempen sedang dirancang oleh 'orang-orang tertentu, penganalisis, pengulas dan jurulatih dari pasukan lain' terhadap Chelsea dan menyifatkan  dakwaan Cesc Fabregas sengaja merebahkan badan dalam kotak penalti ketika perlawanan di St Mary pada 28 Disember sebagai satu 'skandal'.

Mourinho yang tidak melihat pegawai-pegawai sebagai sebahagian daripada kempen tetapi bimbang jika mereka mungkin telah dipengaruhi olehnya, mempunyai sehingga 6 petang 13 Januari untuk memberi respons terhadap tuduhan tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan