Man United Terima Valdes, Berisiko Kehilangan De Gea

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 9:49 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED akhirnya bersetuju untuk menjadikan Victor Valdes sebagai penjaga gol pasukan tersebut dan keputusan itu sekaligus akan menimbulkan persoalan mengenai masa depan David De Gea sebagai pemilik jersi nombor satu.

Valdes yang merupakan bekas penjaga gol Barcelona semakin hampir untuk mengikat kontrak bersama juara 20 kali Liga Perdana Inggeris selepas berlatih bersama skuad berkenaan sejak Oktober lalu.

United dilaporkan membawa masuk Valdes bagi memainkan peranan disebalik tugas penjaga gol utama.

Selain Valdes, United dilapor turut berminat untuk mendapatkan penjaga gol Newcastle, Tim Krul yang beraksi untuk pasukan Belanda di bawah kendalian Louis van Gaal ketika saingan Piala Dunia.

Penjaga gol utama United ketika ini, De Gea, 24, berjaya mempamerkan aksi memberangsangkan sejak awal musim lalu.

Pemain kelahiran Sepanyol itu,  turut diintai oleh Real Madrid yang sedang mencari pengganti bagi posisi yang disandang oleh iker Casillas.


Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan