Demi Bola Sepak Perlis, Rozabil Rayu Sumbangan Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 11:55 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abdul Rahman mengakui lega apabila terpaksa 'memerah otak' selama beberapa bulan bagi mencari jalan penyelesaian berhubung isu tunggakan gaji 12 pemain Perlis.

Kemelut tunggakan gaji 12 pemain Perlis menemui noktah pada Rabu selepas kedua-dua pihak iaitu pemain dan PFA berjaya mencapai kata sepakat. 

Biarpun tidak mendedahkan butir-butir perbincangan khas bersama pemain yang turut disaksikan oleh wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta wakil Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) pada Rabu, namun Rozabil mengakui, bayaran tunggakan yang akan dibuat kepada pemain-pemain itu adalah dari poketnya sendiri.

“Seperti sedia maklum PFA bergerak dengan duit sendiri dan tidak pernah menerima sebarang tajaan atau sumbangan daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri.

“Jadi memandangkan musim 2015 kita berada dalam Liga FAM, saya percaya kosnya lebih rendah berbanding sebelum ini. Kita juga sudah bincang dengan ahli-ahli majlis PFA yang lain untuk mengenal pasti satu jumlah untuk membolehkan kita menyertai saingan dalam Piala FAM.

“Pasukan juga sudah menjalani latihan bermula 5 Januari dan kos untuk 2015 sudah disediakan, malah kita tak nak benda ini berulang lagi,” jelasnya kepada media.

Pada masa sama, Rozabil mengakui PFA mungkin sukar untuk mendapat tajaan kerana pasukan itu hanya beraksi dalam Liga FAM.

Beliau turut merayu agar kerajaan Perlis bermurah hati memberi sumbangan atau peruntukan bagi meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh pengurusan pasukan musim ini.

"Pasukan ini bukan beraksi atas nama individu atau nama lain, tetapi atas nama negeri Perlis, jadi saya harap kerajaan negeri dapat melihat masalah kewangan yang dihadapi oleh PFA.

“Mudah-mudahan kita dapat sedikit perhatian daripada kerajaan negeri,” ujar Rozabil.

Tags / Kata Kunci: PFA , Datuk Rozabil Abdul Rahman

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan