T-Team, Terengganu Perkenal Jersi Pada 17 Januari

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 3:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan bolasepak berstatus kelab T-Team dan pasukan negeri Terengganu akan mengadakan majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain Liga Malaysia serentak pada 17 Jan ini.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata majlis tersebut akan diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) pada 8.30 malam.

"Ini akan diikuti dengan perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan selepas pelancaran itu," katanya pada Khamis.

Mengulas mengenai persiapan T-Team yang akan beraksi dalam Liga Perdana bermula musim ini, beliau berkata persediaan pasukan T-Team menunjukkan peningkatan dan lebih baik serta tersusun berbanding tahun sebelum ini.

Mohd Syahrizan berkata beliau yakin pasukan bimbingan jurulatih dari Croatia Tomislav Steinbruckner itu mampu pergi jauh atau menepati sasaran di tangga lima terbaik Liga Perdana.

"Setakat ini saya berpuas hati dengan persiapan pasukan serta komitmen pemain import dan pemain tempatan untuk merealisasikan matlamat pasukan," katanya.

Mengulas mengenai prestasi pemain import, beliau berkata T-Team membuat pemilihan pemain import yang tepat dan dipercayai dapat membantu pasukan.

T-Team sudah mengikat tiga pemain import yang pernah beraksi dalam Liga Uzbekistan iaitu penyerang Farhod Tadjiyev dan pemain tengah, Sadriddin Abdullaev, masing-masing berusia 29 tahun dan beraksi bersama dalam pasukan Lokomotiv Tashkent. Mereka berdua juga pemain kebangsaan Uzbekistan.

Seorang lagi pemain import kelahiran Nigeria, David Faramola Oniya, 30, yang akan beraksi di posisi pertahanan, juga pernah beraksi dalam Liga Uzbekistan dengan menyarung jersi pasukan Neftchi Farg'ona musim ini.


Tags / Kata Kunci: T-Team , Terangganu

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan