Gerrard Sah Sertai LA Galaxy

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 7:30 AM

Steven Gerrard.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Steven Gerrard akan menyertai kelab Los Angeles Galaxy, Julai ini selepas menamatkan kerjaya gemilang bersama Liverpool.

Pemain berusia 34 tahun itu membuat pengumuman, minggu lalu dia akan meninggalkan Anfield selepas tamat musim Liga Perdana Inggeris untuk berpindah ke Liga Bola Sepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat.

Menurut laporan akhbar Los Angeles Times, hari ini, kelab LA Galaxy mengesahkan Gerrard akan beraksi untuk kelab mereka dan ditawarkan kontrak 18 bulan.

Gerrard memberitahu akhbar berkenaan antara sebab dia memilih LA Galaxy adalah kerana kejayaan mereka baru-baru ini.


Galaxy menjuarai Piala MLS buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun, bulan lalu.

Presiden LA Galaxy, Chris Klein memberitahu akhbar berkenaan bahawa "Gerrard adalah pembelian sempurna, baik di dalam gelanggang mahu pun di luar." 


Tags / Kata Kunci: Stven Gerrard , LA Galaxy , Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan