T-Team, Kelantan Anjur Perlawanan Amal Bantu Mangsa Banjir

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 5:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pasukan berstatus kelab, T-Team akan bertemu Kelantan dalam perlawanan bola sepak amal pada Rabu malam bagi membantu mangsa banjir.

Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, bermula 8.45 malam.

"Kita akan kenakan bayaran RM5 bagi orang dewasa untuk semua tempat duduk, manakala kanak-kanak adalah percuma," katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau berkata hasil kutipan tiket perlawanan amal tersebut akan diagihkan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.

Mohd Syahrizan berharap peminat bola sepak di Terengganu akan datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan tersebut sambil menderma kepada mangsa banjir.

Beliau berkata semua pemain import dan tempatan T-Team di bawah bimbingan jurulatih dari Crotia, Fomislav Steinbruckner akan diuji dalam perlawanan tersebut.

Pada perlawanan persahabatan Isnin, T-Team yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini, tewas 1-2 kepada pasukan Terengganu. 

Tags / Kata Kunci: T-team , Kelantan , perlawanan amal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan