Pengarah Bola Sepak Barcelona Dipecat, Puyol Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 7:54 AM

Charles Puyol

(Ubah saiz teks)

ANDONI Zubizarreta telah dipecat sebagai pengarah bola sepak Barcelona dan pembantunya Carles Puyol telah meletak jawatan.

Zubizarreta, yang merupakan bekas penjaga gol antara 1986 dan 1994, kembali ke kelab itu pada Julai 2010 untuk mengambil peranan sebagai pengarah sebelum dipecat.

Kenyataan kelab berbunyi: " Presiden FC Barcelona Josep Maria Bartomeu telah memutuskan untuk menamatkan kontrak pengarah kelab bola sepak, Andoni Zubizarreta berkuatkuasa hari ini.

"Presiden, atas nama kelab, berterima kasih Andoni Zubizarreta atas sumbangannya, dedikasi dan profesionalisme dalam tempoh empat tahun lepas dalam peranannya sebagai pengarah bola sepak kelab."

Dalam masa beberapa jam, Puyol, yang telah membantu Zubizarreta sejak bersara sebagai pemain pada tahun lepas mengumumkan di Facebook bahawa dia telah meletakkan jawatan.

Kenyataannya berbunyi: "Saya ingin mengumumkan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan saya dengan Kelab Bola Sepak Barcelona. Tempoh tiga bulan setengah telah memberikan saya peluang untuk melihat kelab ini dari sisi lain. Banyak yang saya belajar,.. saya amat bersyukur dan kini saya ingin mendapatkan pengalaman daripada perkara-perkara lain, dari perspektif dan tempat berbeza.

"Saya ingin mengembangkan peribadi dan profesional saya supaya pada masa akan datang, mudah-mudahan suatu hari nanti saya boleh kembali dan memberikan kembali sesuatu yang telah diberikan kepada saya sepanjang tahun-tahun yang tidak dapat dilupakan ini. Saya sangat berterima kasih kepada pekerja, pengarah, presiden dan pasukan sukan yang memberi kepercayaan dan membantu saya dalam peralihan ini, ia bukan sesuatu yang mudah terutama kepada peminat.

"Sebagai pemain saya selalu merasakan hubungan yang erat tetapi sekarang, selepas persaraan saya, saya berasa ia lebih erat. Saya mahu mengucapkan selamat tinggal dengan jiwa terhadap bola sepak masih ada, tetapi hidup tidak selalunya akan menjadi seperti yang kita mahu. Saya telah, dan masih lagi berasa sangat bertuah kerana masih lagi disayangi jadi saya hanya boleh mengatakan terima kasih dan mahu anda tahu anda sentiasa berada dalam hati saya. Hidup Barca ".

Akhbar harian Sepanyol Marca tiga hari lalu melaporkan bahawa Zubizarreta sedang melalui hari-hari terakhirnya di Camp Nou selepas Presiden Bartomeu hilang kepercayaan dalam kebolehannya dan mula mencari pengganti.
Tags / Kata Kunci: Barca , ANDONI Zubizarreta , Carles Puyol

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan