Gary Berhak Tentukan Masa Depan Sendiri - Tunku Ismail

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 9:49 PM

Gary Steven Robbat.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pemain tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat berhak menentukan masa depannya sendiri, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkata sekiranya Gary memilih untuk beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), semua pihak seharusnya menghormati keputusan pemain berkenaan.

"Ini hak pemain. Sepatutnya terpulang kepada pemain itu sendiri. Jika dia (Gary) tidak mahu beraksi dengan Pahang mahupun Kedah dan memilih untuk beraksi bersama Johor (JDT), itu terpulang kepada dia.

"Saya tidak faham, macam mana ada persatuan (bola sepak) dalam negara yang masih terfikir memaksa pemain beraksi untuk mereka," katanya pada sidang media di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin, di sini Isnin.

Tunku Ismail berkata demikian mengulas kontroversi yang timbul mengenai pasukan yang berhak mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu bagi saingan Liga Malaysia 2015.

Tunku Mahkota Johor itu, bagaimanapun berkata segala keputusan mengenai kedudukan Gary akan ditentukan oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tunku Ismail berkata PBNJ telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai isu Gary dan menyedari bahawa pihaknya mungkin perlu membayar ganti rugi kepada KFA.

Gary yang kini menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan di Australia, menimbulkan kontroversi apabila namanya didaftarkan oleh Pahang, JDT dan Kedah sebaik sahaja pendaftaran pemain ditutup, 5 Disember lepas.

Pemain berasal dari Kulim, Kedah, itu muncul pada majlis memperkenal pemain JDT bagi musim 2015 pada 29 Disember lepas, namun statusnya masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan syarat FAM yang menetapkan mana-mana pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia di bawah 23 tahun, wajib kembali berkhidmat bersama negeri kelahiran masing-masing sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh beraksi bersama pasukan lain.







Tags / Kata Kunci: JDT , Gary Steven Robbat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan