Gerrard Tinggalkan Liverpool?

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 11:13 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN paling setia Liverpool, Steven Gerrard dijangka akan membuat pengumuman untuk meninggalkan pasukan berkenaan selepas 17 tahun berbakti pada Jumaat.

Pengumuman oleh ketua pasukan Liverpool itu juga bakal menamatkan spekulasi mengenai kontraknya bersama skuad berkenaan.

Jika meninggalkan Liverpool, Gerrard dijangka akan menyertai Major League Soccer untuk mewakili LA Galaxy atau New York Red Bulls. Bagaimanapun pemain terbabit belum memutuskan keputusan berkenaan.

Media England berpendapat, Gerrard telah membuat keputusan tepat selepas 20 tahun bersama Liverpool iaitu ketika di akademi lagi.

Gerrard mula membuat penampilan bersama Liverpool pada 1998 iaitu ketika berusia 18 tahun.

Selepas melalui satu tempoh yang panjang dengan memenangi beberapa gelaran, akhirnya Gerrard akan meninggalkan pasukan itu sebagai lagenda. 


Tags / Kata Kunci: Liverpool , Steven Gerrard

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan