Arsene Wenger Diserang Penyokong Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 11:26 AM

(Ubah saiz teks)

ARSENE WENGER diserang oleh seorang penyokong selepas Arsenal tewas 2-0 kepada Southampton di Stadium St Mary pada Khamis.

Lelaki dipercayai penyokong tegar Arsenal itu meluru ke tempat duduk barisan jurulatih Arsenal sebelum mengatakan sesuatu.

Dia juga kelihatan memarahi pengendali Arsenal itu sebelum Wenger berkata sesuatu kepadanya.

Tanpa sempat bertindak lanjut, lelaki berkenaan kemudian ditahan oleh pasukan keselamatan untuk dibawa keluar dari tepi padang.

Wenger yang sering dikritik oleh penyokong Arsenal sebelum ini mendakwa lelaki terbabit merupakan pengikut skuad Southampton.

"Dia budak muda. Saya fikir dia penyokong Southampton, secara keseluruhan dia tidak agresif. Saya tidak fikir apa yang dia katakan," jelasnya.  

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Arsene Wenger

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan