PBNJ Bakal Miliki Stadium Tertutup Dengan Rumput Tiruan

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bakal memiliki padang bola sepak tertutup dengan rumput tiruan yang pertama di Asia Tenggara, menjelang 2016.

Setiausaha Kehormat PBNJ Mohd Fahmy Yahya berkata kerja-kerja pembinaan padang itu di Dataran Bandaraya Johor Baharu, di sini, dimulakan bulan ini sebelum dijangka siap November tahun ini.

"Keluasan padang ini lebih kurang 8,000 meter persegi keseluruhan. Ia merupakan yang pertama di Asia Tenggara dan dilengkapi dengan pusat perubatan dan gimnasium.

Ia dibina untuk mencungkil bakat-bakat sedia ada selain daripada menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat negeri Johor untuk menceburi serta melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti bola sepak di peringkat akar umbi," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan padang itu, di sini, Rabu.

Majlis pecah tanah berkenaan disempurnakan puteri Sultan Johor, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim.

Mohd Fahmy berkata kemudahan dan padang itu dibina mengikut spesifikasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan direka dengan kepakaran arkitek-arkitek tempatan.

Pembinaannya juga ditaja sepenuhnya oleh Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dengan dana sebanyak RM15 juta dibawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"Tidak dapat dinafikan ini adalah hasil usaha Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang ingin meningkatkan persada bola sepak Johor," katanya.

Sementara itu, penyerang pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safee Sali menyifatkan bahawa pembinaan padang itu sebagai perkara yang baharu bagi kelab-kelab bola sepak di negara ini.

"Dalam kelab-kelab lain, tidak ada yang macam ini jadi saya berbangga untuk bermain dengan JDT," katanya yang turut menjangkakan saingan bagi Liga Malaysia tahun ini, adalah sengit. 


Tags / Kata Kunci: PBNJ , JDT

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan