Marcos Rojo Mahu Kembali Di Atas Padang

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 9:11 AM

(Ubah saiz teks)

PERTAHANAN Argentina, Marcos Rojo berharap dapat kembali secepat mungkin bagi membantu meringankan beban krisis kecederaan yang melanda Manchester United ketika ini.

Pemain verstail yang menyertai United dari Sporting Lisbon dengan yuran perpindahan sebanyak £16 juta kini mengalami masalah kecederaan paha dan perlu direhatkan.



Rojo merupakan pemain yang masih berperang dengan masalah kecergasan manakala Angel Di Maria, Luke Shaw, Radamel Falcao, Marouane Fellaini, Daley Blind dan Ander Herrera telah pulih.

Pemain berusia 24 tahun itu memberitahu pemberita United Review bahawa dia ingin pulih secepat mungkin bagi membantu United mengejar trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

"Ia (kecederaan) merupakan sesuatu yang anda tidak mahu. Kamu pasti mahu sentiasa bermain, mambantu rakan-rakan di atas padang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Marcos Rojo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan