Liverpool Belasah Swansea 4-1

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 7:48 AM

Lallana meraikan jaringannya.

(Ubah saiz teks)

ADAM Lallana menjaringkan dua gol ketika Liverpool membelasah Swansea City 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield awal pagi Selasa.

Ia merupakan kemenangan terbesar Liverpool untuk musim ini.

Alberto Moreno meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit ke-33.

Pada babak kedua, Lallana meletakkan kedudukan 2-0 menerusi jaringan pada minit ke-51.

Namun, Swansea bangkit seminit kemudian menerusi jaringan Gylfi Sigurdsson.

Liverpool terus melakukan asakan apabila Lallana menjaringkan gol keduanya pada malam itu selepas memanfaatkan hantaran Philippe Coutinho pada minit ke-61.

Percubaan Sterling tersasar.

Malang buat Swansea apabila Jonjo Shelvey menjaringkan gol ke gawang sendiri selepas menanduk masuk sepakan penjuru Jordan Henderson.

Kesilapan itu sekali gus memberikan gol kepada pasukan tuan rumah.

Liverpool mempunyai beberapa peluang untuk menggandakan jaringan menerusi pemain gantian Mario Balotelli dan Raheem Sterling tetapi percubaan mereka tersasar.

Pasukan kendalian pengurus Brendan Rodgers itu menduduki tangga kelapan, ketinggalan tiga mata di belakang Tottenham Hotspur dengan mengumpul 28 mata daripada 19 perlawanan.

Barisan pemain:

LIVERPOOL: Mignolet, Can, Skrtel, Sakho, Manquillo, Moreno, Lucas, Henderson, Lallana, Coutinho, Sterling. 

Pemain gantian: Ward, Toure, Gerrard, Markovic, Balotelli, Lambert, Borini.

SWANSEA: Fabianski, Richards, Fernandez, Williams, Taylor, Britton, Shelvey, Dyer, Sigurdsson, Routledge, Bony. 

Pemain gantian: Tremmel, Rangel, Bartley, Ki, Carroll, Emnes, Gomis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan