JDT Bariskan Pemain Kebangsaan

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Juara Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuhkan statusnya dengan membawa masuk tujuh pemain baharu yang rata-ratanya merupakan pemain kebangsaan bagi menghadapi Liga Malaysia 2015.

Skuad bimbingan Bojan Hodak ini kini mendapat khidmat Gary Steven Robbat, Farizal Marlias, S.Kunanlan, S. Chanturu, Fandi Othman, Mohd Amer Saidin dan Junior Eldstal.

Selain muka baharu, barisan sedia ada turut dikekalkan iaitu Mohd Amri Yahyah, Safee Sali, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Mohd Fadhli Shas, Daudsu Jamaluddin, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Al-Hafiz Hamzah, Safiq Rahim, Shakir Shaari, Jazsarin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Amirul Hadi Zainal.

Keempat-empat pemain import Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Harris Harun turut dikekalkan.

Barisan 25 pemain Harimau Selatan diumumkan sempena majlis pelancaran jersi baharu JDT di sini, Isnin malam.

Turut berangkat ke majlis itu Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pengumuman nama Gary mengenepikan spekulasi yang pemain tengah Harimau Malaya ini akan bermain dengan juara Piala Malaysia musim ini, Pahang selain pasukan negeri kelahirannya,Kedah.

Gary memberitahu pemberita kemudiannya beliau memilih JDT kerana mahu mempertingkatkan dirinya selain menimba pengalaman.

"Ini juga adalah untuk masa depan saya. Saya sudah pilih pasukan ini dan urusan (spekulasi) sudah selesai," katanya.

Tags / Kata Kunci: JDT , Johor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan