Real Madrid Mahukan De Gea Untuk Serah Bale Kepada Man United - Bola Sepak | mStar

Real Madrid Mahukan De Gea Untuk Serah Bale Kepada Man United

Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 9:06 AM

(Ubah saiz teks)

REAL MADRID mahu Manchester United menyerahkan David De Gea kepada kelab itu jika Old Trafford mahu memastikan Gareth Bale kembali beraksi untuk Liga Perdana Inggeris.

Permintaan itu dibuat kerana Real Madrid juga terdesak untuk mendapatkan bakat baharu bagi posisi penjaga gol yang disandang  Iker Casillas.

Real melihat De Gea, 24, merupakan satu pelaburan jangka masa panjang jika dia dapat menggantikan Casillas.

David De Gea parries the ball away from Frazier Cambell

Malah, prestasi De Gea yang memberangsangkan bersama United ketika ini bakal membawanya menggantikan Casillas sebagai penjaga gol utama Sepanyol.

Bagaimanapun, United dilapor enggan menjadi De Gea sebagai bayaran untuk mendapatkan Bale kerana dia merupakan aset penting bagi kelab berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Gareth Bale , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan