Man United Mampu Cabar Chelsea, Man City - Rooney

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 8:24 AM

(Ubah saiz teks)

WAYNE ROONEY memberi amaran kepada Manchester City dan Chelsea bahawa Manchester United juga mampu bersaing merebut galaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini walaupun bermula perlahan sebelum ini.

Amaran itu dilontarkan pemain tengah berkenaan selepas dia berjaya menjaringkan dua gol ketika United menewaskan Newcastle 3-1 di Old Trafford pada Jumaat.

"Kami telah jatuh ke pertengahan liga sebelum ini, kami ditinggalkan dengan jarak mata yang banyak, tetapi kini segalanya boleh berlaku. Kita tunggu perlawanan seterusnya.

Rooney scored twice in United's 3-1 win over Newcastle at Old Trafford on Boxing Day
"Ia (liga) merupakan perjalanan yang jauh, kami tahu. Jika kami dapat menguasai setiap perlawanan dengan keputusan yang baik, ia akan membawa kami ke posisi lebih baik.

"Kami gembira kerana telah memenangi perlawanan kali ini. Selepas Krismas merupakan tempoh yang sibuk dan kami telah mulakan dengan kemenangan," jelasnya.

Sementara itu, lagenda United, Paul Scholes melabelkan Rooney sebagai pemain tengah terbaik dan sempurna kerana selain menjaringkan dua gol, pemain terbabit turut membuat hantaran untuk gol ketiga oleh Robin van Persie. 



Tags / Kata Kunci: Manchester United , Wayne Rooney

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan