Cardiff Kekal Jersi Merah - Vincent Tan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 9:38 AM

Vincet Tan memakai jersi Cardiff City.

(Ubah saiz teks)

PEMILIK Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan menegaskan beliau enggan peduli desakan beberapa penyokong kelab itu yang meminta supaya warna 'tradisi' iaitu biru kembali digunakan pada jersi kelab berkenaan ketika beraksi di gelanggang sendiri.

Pemain kelab itu menyarung jersi berwarna biru selama seabad sebelum lembaga pengarah Cardiff melakukan undian pada 2012 dengan melakukan penukaran warna merah pada jersi sedia ada.

Penukaran warna tersebut itu adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula kelab tersebut dan untuk meningkatkan nilai komersial.

Pada minggu ini, penyokong Cardiff berkata, mereka akan mengadakan satu kempen pada ambang sambutan Tahun Baru mendesak agar kelab tersebut kembali kepada warna tradisinya.

Namun, Tan menegaskan beliau tidak akan mengubah fikirannya.

Sebaliknya, beliau menggesa semua penyokong untuk terus berdiri di belakang kelab itu yang kini menduduki tangga ke-11 dalam Liga Kejuaraan.

"Saya ingin beritahu anda (penyokong) bahawa mengadakan tunjuk perasaan tidak akan mengubah fikiran saya.

"Cardiff akan kekal dengan jersi warna merah dan saya berharap agar penyokong berfikir dengan waras dan terus memberikan sokongan agar kelab ini dapat kembali beraksi pada Liga Perdana Inggeris," katanya.


Tags / Kata Kunci: Cardiff City , Vincent Tan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan