Man City Tawar £25 Juta Untuk Dapatkan Mandzukic

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Manchester City, Manuel Pellegrini dilapor mahu mendapatkan Mario Mandzukic yang benilai £25 juta pada tingkap pemindahan Januari ini sebagai persediaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.



Pellegrini terdesak untuk mendapatkan Mandzukic yang merupakan penyerang Croatia dan Atletico Madrid bagi menajamkan jentera serangan City selepas mereka hanya mengharapkan kepada Sergio Aguero.

Bagaimanapun Aguero juga menerima nasib seperti Edin Dzeko dan Stevan Jovetic yang terpaksa direhatkan akibat mengalami kecederaan.



Aguero perlu direhatkan sehingga Januari manakala Jovetic memerlukan beberapa minggu lagi untuk kembali cergas sepenuhnya.

Tertekan dengan kehilangan penyerang utama, Pellegrini kini terpaksa menggunakan khidmat pemain tengah seperti James Milner untuk mengetuai jentera serangan.

Tags / Kata Kunci: Manchester City , Pellegrini , Mandzukic

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan