Chelsea Raih Tiga Mata Dengan Kemenangan Ke Atas Stoke

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 7:28 AM

Cesc Fabregas meraikan kemenangan selepas membuat jaringan kedua buat Chelsea ketika menentang Stoke City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Britannia di Stoke, Britain, awal pagi Selasa. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

CHELSEA berjaya meraih tiga mata menjadikannya terus kukuh pada kedudukan Liga Perdana Inggeris selepas menang ke atas Stoke City menerusi jaringan 2-0. 

Walaupun sebagai pasukan tetamu di Stadium Britannia di Stoke, Britain pada awal pagi Selasa, Chelsea terus mendominasi permainan. 

The Blues mengungguli jaringan pembukaan ketika perlawanan baharu sahaja berlangsung dua minit.

John Terry berjaya menjaringkan gol tanpa dapat dihalang oleh penjaga gawang Stoke City, Asmir Begovic.

Bagaimanapun, Stoke sebenarnya bukannya tidak mempunyai peluang kerana mereka mampu mengancam pertahanan Chelsea beberapa kali. Namun barisan belakang The Blues tampil sempurna.

Keunggulan Chelsea bertambah pada minit ke-78 apabila Cesc Fabregas meskipun membuat jaringan agak lewat.

Kemenangan ini menjadikan Chelsea kukuh pada kedudukan teratas dengan memperoleh 42 mata menerusi 17 perlawanan. Sementara itu, Stoke jatuh pada kedudukan ke-13 dengan 19 mata.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan