Petr Cech Berhijrah Ke Liverpool Atau Arsenal

Diterbitkan: Selasa, 23 Disember 2014 9:32 AM

(Ubah saiz teks)

PENJAGA gol Chelsea, Petr Cech mungkin akan berhijrah ke Liverpool atau Arsenal pada musim depan, lapor ejennya, Vitor Kolar.

Penghijrahan penjaga gol berpengalaman itu bakal berlaku apabila pengendali Chelsea, Jose Mourinho enggan menawarkan sebarang kontrak baharu terhadapnya.

Berikutan itu, ejen Cech membuka peluang kepada Arsenal dan  Liverpool untuk membuat tawaran kepada pemain berkenaan.

Kolar memberitahu, Cech selain itu turut ditawarkan kepada Real Madrid pada musim depan.

Petr Cech

"Petr Cech sepatutnya berhijrah pada tingkap pemindahan Januari ini, tetapi kelab mahu dia membantu memenangi gelaran juara pada musim ini dahulu.

"Saya percaya Arsenal akan membuat tawaran untuk mendapatkan Cech dan penjaga gol itu akan menerimanya," katanya.

Petr Cech kini hanya memanaskan bangku pemain simpanan apabila posisi utama tersebut diberikan kepada penjaga gol muda Thibaut Courtois.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan