Real Madrid Julang Trofi Piala Kelab Dunia - Bola Sepak | mStar

Real Madrid Julang Trofi Piala Kelab Dunia

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 8:31 AM

Bale menjaringkan gol kedua untuk Real.

(Ubah saiz teks)

MARRAKECH (Morocco): Real Madrid memenangi Trofi Piala Kelab Dunia selepas menewaskan San Lorenzo 2-0 di Morocco, awal pagi Ahad.

Aksi babak pertama bermula dengan penuh mendebarkan apabila empat kad kuning dilayangkan, masing-masing dua kad kuning kepada pemain kedua-dua kelab itu.

Real mempunyai beberapa peluang untuk memecah kebuntuan sebelum Sergio Ramos menjaringkan gol pertama selepas menanduk masuk sepakan penjuru Gareth Bale.

Pada babak kedua, Real mendahului dengan 2-0 menerusi jaringan Bale.

Walaupun terdapat banyak percubaan dari pemain San Lorenzo untuk mencederakaan pemain Real, pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu tidak mudah melatah dan mengekalkan kedudukan sehingga tamat perlawanan.

Ia adalah trofi keempat Real bagi musim 2014.

Terdahulu, Real meraih trofi Liga Juara-Juara, Copa Del Rey dan Piala Super Eropah.

Mereka juga menduduki tangga teratas La Liga dalam 15 perlawanan dengan mengutip 39 mata, lebih satu mata dihadapan seteru utama, Barcelona.

"Kami layak menang dan boleh dikatakan Real Madrid adalah sebuah pasukan terbaik di dunia.

"Kami beraksi dengan baik pada tahun ini. Ia sukar dilupakan. Kami bukan sahaja satu pasukan tetapi juga satu keluarga," katanya Ancelotti.


Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Piala Kelab Dunia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan