Kim Swee Mulakan Siri Jelajah Kesan Pemain Berpotensi

Diterbitkan: Sabtu, 20 Disember 2014 8:46 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bermula Januari ini, jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee akan melaksanakan misi jelajah mencari calon terbaik bagi membentuk pasukan negara untuk Sukan SEA 2015 di Singapura.

Sepanjang tempoh sebulan yang diberi itu, Kim Swee akan ke seluruh negara bagi melihat aksi pemain negeri sebelum memutuskan senarai calon untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pemain berpotensi akan dikesan sebaik sahaja Liga Malaysia (Liga-M) bermula Januari 2015.

"Pasukan bawah 23 tahun itu dijangka memulakan latihan pusat bermula 1 Mei tahun depan kerana Sukan SEA dijadual berlangsung pada Jun.

"Kim Swee hanya ada sebulan untuk membentuk sebuah pasukan mantap," katanya selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Khas FAM kali kedua penggal 2014-2018, di sini, Jumaat.

Beliau juga menjelaskan pasukan bawah 22 tahun (Harimau Muda B) di bawah kendalian jurulatih, Razip Ismail diberi tugas dalam saingan kelayakan Piala Asia Bawah 22 tahun.

Afandi berkata, selepas beraksi dalam saingan kelayakan itu, pasukan Harimau Muda B akan meneruskan kempen dalam Liga Singapura.

"Jadi Kim Swee sudah tiada beban untuk membawa dua pasukan (Harimau Muda A dan Harimau Muda B) dan dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini, beliau ada masa mencari bakat baharu untuk ke Sukan SEA.

"Tugas Kim Swee ini sama macam tugas Dollah Salleh untuk membentuk pasukan Harimau Malaya. Beliau (Kim Swee) perlu menjelajah ke seluruh negara untuk mencari pemain yang berpotensi," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee , Sukan Sea , bola sepak

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan