Piala AFF Suzuki: Jurulatih Thailand Nafi Selesa

Diterbitkan: Jumaat, 19 Disember 2014 2:39 PM

Kiatisuk dan jurulatik Harimau Malaya pada sesi sidang media menjelang perlawanan final kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengendali pasukan Thailand, Kiatisuk Senamuang menafikan berada dalam keadaan selesa selepas pasukannya menewaskan Malaysia dua gol tanpa balas pada aksi final pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok Rabu lalu.

Malahan, beliau menganggap aksi timbal balik yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini merupakan perlawanan penting bagi skuadnya.

“Sudah tentu saya gembira dengan kemenangan di tempat sendiri Rabu lalu dan bagi saya ia bukan kedudukan yang selesa.

“Kami ketepikan aksi kemenangan tersebut dan akan memulakan permainan dengan 0-0. Perjuangan kami belum berakhir malah yang penting pemain-pemain perlu memberi fokus yang baik,” jelasnya pada sidang media, Jumaat.

Senamuang atau turut mendapat jolokan ‘Zico’ mengakui perlawanan di Malaysia bukan sesuatu yang mudah dan yakin dengan kehadiran ramai penyokong tuan rumah.

“Kami sudah bersedia dengan situasi di stadium nanti, tetapi saya selalu mengingatkan kepada semua pemain supaya tidak menghiraukan keadaan di luar padang. Mereka perlu memberi perhatian kepada permainan.

“Semua pemain perlu belajar bagaimana untuk berdepan dengan tekanan daripada penyokong-penyokong lawan. Kami pernah mengalami keadaan stadium yang penuh dengan penyokong lawan ketika bertemu Myanmar sebelum ini.

“Dan pemain-pemain berjaya mengahadapinya dengan baik.

“Apa yang saya ingin tengok pada final esok adalah jaringan gol oleh pemain-pemain saya,” jelas bekas pemain kebangsaan Thailand ini.

Pada perlawanan pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu lalu, Thailand mencatat kemenangan 2-0 hasil jaringan Charyl Chappuis pada minit ke-71 menerusi penalti dan gol Kroekrit Thaweekarn pada minit ke-86.

Tags / Kata Kunci: Kiatisuk Senamuang , Bukit Jalil , AFF Suzuki

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan