Villa-Boas Tak Minat Urus The Reds

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 9:55 AM

Villas-Boas ditawarkan jawatan pengurus oleh Spurs.
(Ubah saiz teks)

LONDON: Bekas pengurus Tottenham Hotspur dan Chelsea, Andre Villas-Boas menolak kemungkinan untuk menggantikan Brendan Rodgers bagi mengemudi skuad Liverpool yang kini kelihatan terumbang-ambing nasibnya.

Kini mengemudi skuad Zenit St Petersburg, Villas-Boas adalah antara nama dikaitkan dengan perpindahan ke kerusi panas di Anfield.

Di sebalik khabar angin itu, Villas-Boas berkata, dia tidak berminat kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas berkhidmat bagi tempoh singkat untuk dua skuad di situ.

“Saya seronok di Russia dan tidak ada sebarang rancangan kembali ke England pada tempoh terdekat. Ia langsung tiada dalam perancangan saya,” katanya.

Menurut Villas-Boas, dia seronok melatih kelab di England kerana ia memberinya pengalaman positif.

“Cuma benda-benda negatif juga berlaku,” katanya.

Villas-Boas meninggalkan Spurs pada Disember 2013 ekoran kekalahan 0 – 5 kepada Liverpool di tempat sendiri.

Namun Villas-Boas bertegas pemergiannya itu bukan disebabkan dia dipecat.

Rodgers pula dilihat berada dalam kedudukan goyang selepas Liverpool hanya bertahan di tangga ke-11 liga dan tersingkir awal daripada saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Tags / Kata Kunci: Villas-Boas , Anfield , Russia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan