Harimau Malaya Perlu Sokongan Padu Rakyat - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 9:48 PM

Indra Putra Mahayuddin (kiri) dan Mohd Safee Mohd Sali (kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis selepas beraksi pada final pertama kejohanan bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 menentang Thailand, Rabu malam. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia perlu terus memberikan sokongan padu untuk skuad Harimau Malaya yang bakal memikul tugas berat dalam aksi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata bagi mereka yang tidak berada di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, meraka masih berperanan sebagai 'pemain ke-12' untuk memberi sokongan ketika menonton di televisyen.

Beliau tetap percaya semangat yang ada pada para pemain skuad Harimau Malaya mampu melakukan keajaiban selepas skuad bimbingan Dollah Salleh itu membuktikan kebangkitan mereka pada perlawanan peringkat kumpulan dan separuh akhir.

"Saya percaya kepada semangat pasukan kita. Sama ada itu keajaiban atau tidak, saya percaya kepada semangat sebab kalau kita tengok, sudah tentu 2-0 lebih teruk daripada 2-1, tetapi kita kejar dengan Vietnam, pasukan yang jauh lebih baik dari kita.

"Kita mahu lakukan perkara mustahil. Sudah dua kali kita tunjuk kita boleh bangkit dari dua keadaan yang sukar. Jadi, jangan putus asa dengan pasukan Dollah ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di sini Khamis.

Malaysia tewas 2-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir pertama di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand malam Rabu menerusi jaringan sepakan penalti Charyl Yannic Chappuis pada minit ke-71 dan Kroekrit Thawikan pada minit ke-82.

Tinjauan pada Khamis mendapati para peminat bola sepak tanah air masih membeli tiket di kaunter yang mula dibuka hari ini pada pukul 9 pagi, manakala penyokong yang membeli menerusi dalam talian turut kelihatan menebus tiket di Stadium Putra.

Para peniaga turut kelihatan di perkarangan stadium menjual jersi dan mafla Harimau Malaya. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan