Penalti: Fadhli Shas Mohon Maaf

Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 6:24 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Fadhli Mohd Shas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana menyebabkan sepakan penalti diberikan kepada Thailand dalam aksi final pertama Piala Suzuki AFF 2014 di Bangkok malam Rabu.

Beliau menjatuhkan penyerang Thailand, Adisak Kraisorn di dalam kawasan penalti pada minit ke-71 yang menyebabkan pengadil Kavalenko Valentin menghadiahkan sepakan penalti kepada Thailand yang disempurnakan Charyl Yannic Chappuis.

"Saya ingin minta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana mungkin kesilapan saya telah menyebabkan skuad Malaysia kalah 0-2," katanya kepada pemberita sejurus skuad Malaysia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada 2.17 petang.

Beliau berkata tindakannya ke atas pemain Thailand itu adalah tidak disengajakan dan terjadi secara spontan ketika beliau cuba sedaya upaya mempertahankan benteng Harimau Malaya.

Gol kedua Thailand dijaringkan pada minit ke-82.

Sementara itu, penyerang Harimau Malaya, Mohd Amri Yahyah berharap mereka dapat menjaringkan gol di awal permainan pada aksi final kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

"Saya harap dengan semua usaha gigih yang ditunjukkan rakan pemain, kita akan dapat menjaringkan gol di awal permainan nanti," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Fadhli Shas , penalti , Thailand , AFF Suzuki

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan