Real Madrid Mara Ke Final Kelab Piala Dunia - Bola Sepak | mStar

Real Madrid Mara Ke Final Kelab Piala Dunia

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 7:27 AM

Sergio Ramos (tengah) membuat tandukan buat jaringan pembukaan pada perlawanan separuh akhir Kelab Piala Dunia antara Real Madrid dan Cruz Azul di Marrakech, Maghribi pada awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid memasuki final Kelab Piala Dunia selepas mencatatkan kemenangan 4-0 ketika menentang kelab Mexico, Cruz Azul pada perlawanan separuh akhir di Marakkesh, Maghribi, awal pagi Rabu.

Misi Real Madrid untuk menutup tahun 2014 dengan gelaran juara Kelab Piala Dunia hanya tinggal selangkah sahaja lagi. 

Sergio Ramos memberikan gol pembukaan pada minit ke-15 dan Karim Benzema menambahkan jaringan dalam tempoh 21 minit selepas itu.

Pada minit ke-50, Gareth Bale menyusul mencatatkan mata di papan skor. 

Isco membawa kemenangan Madrid kepada empat jaringan tanpa balas pada minit ke-72 menerusi aksi tendangan kaki kanannya berjaya membolosi pintu gawang Cruz Azul.

Pada perlawanan akhir, Real Madrid akan bertemu dengan pemenang perlawanan separuh akhir kedua antara San Lorenzo dan kelab dari New Zealand, Auckland City.



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan