Piala AFF: Malaysia Bertemu Thailand

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 8:58 PM

Penyokong Thailand, Khun Ying memegang mafla berlatar belakangkan Stadium Rajamangala pada final Piala AFF Suzuki 2014 yang menyaksikan perlawanan antara Thailand menentang Malaysia di Bangkok, malam Rabu. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

AKSI final pertama Piala AF Suzuki 2014 menyaksikan Thailand dan Malaysia mempamerkan perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan bertindak memburu gol awal.

Harimau Malaya bermula garang di Stadium Rajamangala, di sini, dan bagaimanapun gagal memanfaatkan dua peluang ketika berdepan penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Mohd Amri Yahyah gagal menyempurnakan hantaran Safiq Rahim pada minit ketiga apabila rembatan berjaya ditepis keluar sebelum Norshahrul Idlan Talaha menguji ketangkasan Kawin pada minit keenam.

Skuad Harimau Malaya hampir dibolosi apabila berlaku kecuaian yang dihidu oleh Mongkol Thosakrai namun percubaan itu berjaya dipatahkan penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias.

Pintu gol Malaysia terselamat apabila pemain sayap Thailand, Kroekrit Thawikan yang tidak dikawal melepaskan tendangan lemah yang tersasar ke kiri gol negara.

Tindakan sedikit agresif pemain pertahanan Mohd Fadhli Shas yang mengkasari Adisak Kraisorn memberi peluang terbaik kepada pasukan Gajah Perang apabila memperolehi tendangan percuma di hadapan pintu gol Malaysia.

Namun, 'dummy' yang dilakukan Charylyannic dengan membiarkan Kroekrit melepaskan rembatan gagal singgah ke dalam gawang apabila ia tepat ke tangan Mohd Farizal, sekali gus pintu gol negara terselamat pada minit ke-33.

Tiga minit sebelum babak pertama berakhir, Stadium Rajamangala hampir meraikan gol pertama tuan rumah, namun rembatan Adisak yang sudah pun melepasi pertahanan Malaysia sekadar melewati palang gol.

Thailand dan Malaysia terikat tanpa jaringan selepas tamat separuh masa pertama.

Berita selanjutnya menyusul.


Tags / Kata Kunci: Piala Suzuki AFF 2014 , Thailand , Malaysia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan