Chelsea, Sheffield Masuk Separuh Akhir Piala Liga

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 7:48 AM

Pemain pertahanan John Terry (kanan) memberikan sokongan kepada penyerang Andre Schurrle selepas meraih jaringan ketiga dalam perlawanan suku akhir antara Chelsea dan Derby County di Stadium iPro di Derby, awal pagi Rabu. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

CHELSEA berjaya meraih kemenangan di markas Derby County pada perlawanan suku akhir Piala Liga pada awal pagi Rabu.

Kemenangan dengan jaringan 3-1 itu membawa Chelsea mara ke separuh akhir.

Gol pembukaan bermula agak lewat pada minit ke-23 oleh Eden Hazard. The Blues kemudiannya menggandakan jaringan mereka menerusi aksi Filipe Luis pada minit ke-56.

Pada minit ke-71, Derby berupaya memperkecilkan kedudukan mata menjadikan 1-2 hasil jaringan Craig Bryson. Bagaimanapun, gol Andre Schurrie pada minit ke-82 menjadikan skor 3-1.

Sementara itu, dalam perlawanan suku akhir lain, Sheffield United berjaya menundukkan Southampton dengan skor tipis 1-0. Chelsea dan Sheffield perlu menantikan perlawanan lain bagi mengetahui lawan di separuh akhir.

Tottenham Hotspur akan bertemu dengan Newcastle United, manakala Bounemouth bakal menentang Liverpool, pada Khamis ini. Undian bagi perlawanan separuh akhir akan ditentukan selepas tamat kedua-dua permainan itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan