Piala AFF: Jualan Tiket Online Diteruskan Hingga 6 Petang Rabu

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 8:20 PM

Penyokong Harimau Malaya, Ema Abdul Halim, 35, dari Kuala Lumpur menunjukkan tiket yang dibeli untuk menyaksikan perlawanan akhir Thailand dan Malaysia pada final Piala AFF Suzuki 2014 di sini, Selasa. Pasukan Harimau Malaya akan bertemu pasukan Thailand pada final pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Rajamangala, Bangkok, Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiket perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Bukit Jalil masih dijual dalam talian hingga 6 petang Rabu, kata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Memandangkan sambutan jualan atas talian amat menggalakkan, kita memutuskan untuk meneruskan jualan secara dalam talian sehingga 6 petang esok," kata Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM, Datuk S.Sivasundram.

Sejumlah 27,000 tiket telah terjual, iaitu melebihi kuota asal 20,000 tiket yang ditetapkan untuk jualan dalam talian, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan FAM di Stadium Bukit Jalil di sini, Selasa.

Jualan tiket dalam talian mula dijual pada 9 pagi, 14 Dis lepas menerusi www.tickethotline.com.my.

Katanya, penonton boleh mula menebus tiket berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 pagi hingga 7 petang esok manakala kaunter penjualan tiket akan mula dibuka pada Khamis, 9 pagi hingga 6 petang dan sehingga sepak mula pada 8 malam 20 Disember ini.

FAM turut menjangkakan kehadiran antara 5,000 hingga 6,000 penyokong Thailand membanjiri Stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan Gajah Putih itu.

"FAM telah memperuntukkan 2,500 tiket seperti yang diminta oleh Persatuan Bola Sepak Thailand, tapi kita menjangkakan sambutan bertambah daripada penyokong Thailand yang berada di sini," katanya.

Perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pukul 8 malam, Rabu.


Tags / Kata Kunci: Piala AFF Suzuki , perlawanan akhir , tiket , FAM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan