Thierry Henry Sah Gantung But

Diterbitkan: Selasa, 16 Disember 2014 7:45 PM

Henry mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN lagenda Arsenal dan Barcelona, Thierry Henry mengumumkan persaraan dari karier bola sepak pada Selasa.

Henry membuat pengumuman tersebut di laman Facebook miliknya sekaligus mengakhiri kariernya selama 20 tahun yang menjadi tumpuan sebagai penyerang kesayangan peminat-peminat bola sepak dunia.

Sepanjang kariernya, Henry merupakan salah seorang bintang bagi pasukan Perancis pada aksi Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah dengan menjuarainya pada tahun 1998, 2000 serta menjulang gelaran juara ketika bersama Arsenal, Monaco dan Barcelona.

Malah pemain berusia 37 tahun ini juga pernah meraih trofi Piala FA (3 kali) bersama The Gunners dan Liga Juara-Juara ketika menyarung jersi Barcelona.

Aksi terakhir Henry bersama kelab New York Bulls yang disertainya pada tahun 2010 dan turut membantu pasukan itu menjulang gelaran MLS Eastern Conference sebanyak dua kali.

Pada Isnin, Henry mengesahkan dia tidak akan beraksi dengan mana-mana pasukan pada musim baharu ini, sebelum mengumumkan persaraannya.

“Selepas 20 tahun beraksi, saya mengambil keputusan untuk bersara sebagai pemain bola sepak profesional,” jelasnya dalam kenyataan.

Pemain itu dikatakan bakal menceburi bidang baharu sebagai perunding untuk saluran Sky Sports.

Tags / Kata Kunci: Thierry Henry , but , Perancis , Arsenal

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan