Piala FA: Laluan Sukar Menanti Pahang, FUFC

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 4:28 PM

Afandi Hamzah menunjukkan kertas undian semasa Majlis Undian Piala FA 2015 pada Ahad. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Juara dan naib juara Piala FA, Pahang dan Felda United FC (FUFC) berdepan laluan getir pada aksi pusingan pertama Piala FA 2015.

Pada majlis undian di sebuah hotel terkemuka di sini yang turut dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah, Pahang akan bertemu juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) manakala FUFC berdepan pasukan Selangor yang pernah menjuarai Piala FA sebanyak lima kali.

Juara Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menentang Sabah pada pusingan pertama Piala FA yang bermula Februari tahun depan.

Bagi pusingan kelayakan pula, skuad Harimau Muda C (bawah 19 tahun), pasukan Kuala Lumpur, DRB-Hicom FC dan Selangor PKNS FC akan berentap untuk merebut tempat ke pusingan pertama dan dijadual menentang MOF FC dan JDT II yang telah menempah tempat masing-masing.

Afandi yang ditemui pemberita selepas majlis undian itu berkata saingan Piala FA 2015 diharap dapat ditamatkan selewat-lewatnya pada bulan Ramadan (1Ramadan dijangka 18 Jun) tahun depan bagi memudahkan badan induk itu membuat perancangan pertandingan bola sepak yang lain.

Bermula tahun ini, FAM turut mengubah format pertandingan dengan juara dannaib juara perlu bersaing dalam pusingan pertama berbanding tahun sebelumnya ekoran pertambahan pasukan yang bersaing.

Sebanyak 34 pasukan akan beraksi bagi musim depan berbanding 30 pasukan sebelum ini.

Daripada 34 pasukan itu, sebanyak 12 pasukan berentap dalam Liga Super dan Liga Perdana manakala selebihnya bersaing dalam Liga FAM.

Badan induk itu bagaimanapun masih mengekalkan format kalah mati bagi pusingan awal kejohanan sebelum aksi timbal balik bagi peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Keputusan penuh undian Piala FA 2015:

Pahang lwn JDT

Pulau Pinang Sungai Ara FC lwn MISC-MIFA

Negeri Sembilan lwn UiTM FC 

Penang lwn Perlis

PBAPP FC lwn Sime Darby FC

PDRM FA lwn Sabah

Sarawak lwn Kelantan

MOF FC lwn Harimau Muda C/Kuala Lumpur

FUFC lwn Selangor 

Melaka United FC lwn Terengganu

Shahzan Muda lwn Perak

T-Team lwn ATM Persatuan Bola Sepak Melayu

Kedah lwn Lions XII

SPA Putrajaya FC lwn Kuantan FA

Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) lwn Kedah

JDT II lwn DRB-Hicom FC/Selangor PKNS FC 

Tags / Kata Kunci: Piala FA 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan