Van Gaal Mahu United Tewaskan Liverpool Demi Tukang Masak

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 11:57 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Manchester United, Louis Van Gaal dilapor mahu skuadnya melakar kemenangan ketika bertemu Liverpool untuk dihadiahkan kepada tukang masak kelab itu.

Hal ini kerana, Mike Donnelly yang merupakan chef di kompleks latihan United di Carrington memberitahu Van Gaal bahawa dia mahu kelab itu menewaskan Liverpool dalam perlawanan berkenaan.

Jurulatih kelahiran Belanda itu akan berdepan Liverpool buat kali kedua selepas perlawanan pramusim di Amerika Syarikat pada Julai lalu.

Van Gaal mendedahkan," Saya seorang yang terbuka, oleh itu bila orang lain di dalam kelab mahukan sesuatu yang penting dalam perlawanan, saya akan lakukan.

"Saya telah bersedia dengan 'masakan' sendiri Mike. Saya mahukan kemenangan untuk dia."

Sementara itu, lagenda United yang kini membantu Van Gaal iaitu Ryan Giggs dilapor telah menggariskan beberapa perkara penting untuk diberi tumpuan dalam perlawanan itu.

"Ryan telah membuat analisis dan mendapat 'jalan' terbaik untuk menghadapi perlawanan pada Ahad," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan