Final Piala AFF Suzuki: Kawalan Keselamatan Bakal Diperketat

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melaksanakan pemeriksaan keselamatan dua lapis di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand pada 20 Disember ini.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemeriksaan ketat akan dilakukan kedua-dua pihak di setiap pintu masuk Stadium Nasional bagi memastikan insiden kekecohan penonton pada perlawanan Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, 7 Disember lepas, tidak berulang.

Sehubungan itu, beliau meminta para peminat memberi kerjasama kepada anggota keselamatan yang bertugas bagi memastikan perlawanan  final kedua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"FAM dan pihak polis akan melakukan pemeriksaan ketat di bahagian badan pada hari perlawanan dan kita jangka pergerakan masuk penonton ke stadium akan menjadi perlahan.

"Jadi, saya mohon kepada penyokong yang bakal hadir menerima keadaan ini untuk kebaikan bersama. Kali ini, kita ambil serius soal keselamatan (penyokong pasukan pelawat)," kata Hamidin ketika diminta mengulas persediaan keselamatan oleh FAM bagi menghadapi final kedua Piala AFF Suzuki 2014.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri majlis undian Piala FA 2015, di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Hamidin mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung insiden kekecohan di Stadium Shah Alam, pada 7 Dis lepas.

Beliau sebaliknya memberitahu FAM hanya menerima surat tunjuk sebab daripada Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) berhubung insiden berkenaan yang turut mendapat kecaman daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berikutan kawalan keselamatan yang longgar.

"Saya ada membaca laporan media mengenai kita bakal menerima surat tunjuk sebab daripada AFC namun setakat ini, kita tidak menerima apa-apa surat daripada mereka.

Hanya AFF menghantar surat tersebut kepada kita," jelas Hamidin.

Hamidin berkata FAM tidak boleh sewenang-wenangnya mengharamkan mana-mana penyokong yang mempunyai rekod kesalahan lampau daripada memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak memandangkan perkara berkenaan melibat kanundang-undang.

Beliau menjelaskan sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan, badan induk itu bimbang penyokong terlibat bakal membawa kes berkenaan sehingga ke mahkamah.

"Kita ada berbincang perkara tersebut bersama Presiden FAM (Tengku AbdullahSultan Ahmad Shah) dan pihak polis semalam (Sabtu), namun kita perlu melihatnya dari segi undang-undang kerana mana-mana kesalahan yang sudah ditangani oleh pihak polis boleh dirayu di mahkamah," katanya.

Khairy sebelum ini menyarankan FAM mengharamkan penyokong yang mempunyai rekod kesalahan lampau daripada memasuki stadium bagi mengekang kekecohan oleh samseng bola sepak, terutama dalam perlawanan penting.

Sebagai rekod, Malaysia layak ke final Piala AFF Suzuki 2014 selepas menewaskan Vietnam, 4-2 dengan kemenangan agregat 5-4 pada aksi separuh akhir kedua di Hanoi, Khamis lepas.

Thailand pula layak ke final selepas membenam Filipina dengan agregat 3-0.

Tags / Kata Kunci: Kawalan keselamatan , stadium , FAM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan