Final Piala AFF Suzuki: Dollah, Pemain Tenang Dan Fokus

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 10:07 PM

Dollah berbincang dengan pemain-pemain ketika sesi latihan terakhir di FAM sebelum ke Bangkok pada Ahad. Foto: FAIHAN GHANI/The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh mengakui tidak berasa tertekan menjelang perlawanan akhir pertama yang akan berlangsung di Bangkok, Rabu ini.

Jelas Dollah, barisan pemain-pemainnya juga nampak tenang dan 'enjoy' dengan sesi latihan akhir yang dijalankan sebelum ke Bangkok pada Ahad.

"Perasaan saya sama sahaja seperti saingan separuh akhir baru-baru ini. Tidak ada apa yang membuatkan kami tertekan.

"Pemain-pemain juga berada dalam keadaan tenang dan ia sesuatu yang baik buat saya.

"Kami sudah mara ke final dan apa yang perlu dilakukan adalah mereka perlu bekerja lebih kuat untuk menang," jelas jurulatih berusia 51 tahun ini.

Menurut Dollah, bertemu Thailand selaku juara tiga kali bukanlah sesuatu yang mudah di Stadium Rajamangala nanti.

"Jurulatih Thailand pernah memberitahu sebelum ini bahawa mereka mahu bertemu Malaysia di final. Dan kata-kata itu menjadi kenyataan.

"Dalam bola sepak semuanya boleh berlaku. Setiap jurulatih mahu mencipta sejarah tersendiri, begitu juga saya.

"Mengenai pemain yang akan beraksi Rabu ini, sudah pasti saya akan memilih barisan pemain yang terbaik, dan mereka sendiri sedia maklum," katanya.

Sementara itu, dua pemainnya yang mengalami kecederaan sebelum ini, Gary Steven Robbat dan Mohd Hafiz Kamal kembali menyertai skuad.

Manakala penyerang Safee Sali masih belum pasti keadaannya selepas berdepan dengan masalah kecederaan di pangkal paha pada sesi latihan sebelum bertemu Vietnam Rabu lalu.

"Saya tidak mahu terlalu memberi tekanan kepadanya. Kita akan lihat keadaannya dalam beberapa sesi latihan lagi di Bangkok sebelum perlawanan nanti.

"Apa pun saya harap semuanya akan berjalan lancar nanti," tambahnya.

Malaysia bakal berdepan dengan Thailand pada saingan akhir pertama di Bangkok, manakala aksi kedua akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Tags / Kata Kunci: Dollah Salleh , Harimau Malaya

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan