Gol Berganda Giroud-Cazorla, Arsenal Tundukkan Newcastle 4-1

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 7:19 AM

Olivier Giroud (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Santi Cazorla. Foto REUTERS

(Ubah saiz teks)

ARSENAL berjaya menewaskan Newscastle United dengan jaringan 4-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London awal pagi Ahad.

Olivier Giroud dan Santi Cazorla tampil cemerlang apabila memberikan kemenangan buat The Gunners.

Giroud dan Cazorla menjadi jaguh buat pasukan mereka selepas masing-masing menyumbangkan dua gol.

Newcastle pula hanya mampu berbalas satu menerusi jaringan Ayoze Perez pada minit ke-63.

Giroud melakukan jaringan pembukaan buat Arsenal pada minit ke-15. Gol kedua The Gunners pula pada minit ke-54 menerusi aksi Cazorla.

Setelah mengungguli 2-0, Arsenal kembali mampu meraih lebih banyak jaringan dengan pantas apabila gol kedua Giroud dicatatkan pada minit ke-58, empat minit selepas jaringan kedua.

Cazorla kemudiannya menutup mata perlawanan menerusi tendangan penalti pada minit ke-88, selepas Danny Welbeck dijatuhkan oleh Paul Dummet.

Arsenal berada tiga mata di atas Newcastle pada kedudukan keenam, tetapi hanya dua mata di belakang Manchester United yang berada di tangga ketiga.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan