AUG: Malaysia Belasah Singapura 5-0, Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 13 Disember 2014 7:28 PM

Pemain Malaysia meraikan gol kedua jaringan Mohd Hasrul Nurkholis (jersi 11) ketika menentang Singapura pada perlawanan bolasepak lelaki di kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17, Sabtu. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PALEMBANG: Skuad bola sepak universiti negara membelasah Singapura 5-0 untuk menempah saingan ke separuh akhir temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 di Palembang, Indonesia.

Skuad kendalian Azuan Zain membuatkan Singapura tersentak dengan jaringan seawal minit ketujuh menerusi rembatan Mohd Hasrul Nurkholis pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Bumi Sriwijaya pada Sabtu.

Kemudian Mohd Hasrul selaku penyerang menggandakan jaringan kedua pasukan negara pada minit ke-29 setelah penjaga gol Singapura, Pierson Anghong Xiang melakukan kesilapan dengan keluar dari gawang.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus mengawal perlawanan dan mengasak Singapura sehingga Raslam Khan Abdul Rashid meledakkan gol ketiga pada minit ke-57.

Kemudian Mohamad Syafiq Mokhtar terus menambah tekanan pasukan Singapura dengan jaringan gol pada minit ke-75 sebelum Mohd Hasrul mencipta hatrik sekaligus melengkapkan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Singapura pada masa kecederaan.

Selaku naib juara kumpulan, Malaysia dijadualkan bertemu juara kumpulan B, Indonesia yang menewaskan Myanmar 5-1 pada Jumaat.

Malaysia akan menentang Indonesia pada Isnin ini di Stadium Jakabaring, Palembang.

Azuan ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak menyangka pasukan bimbingannya meraih kemenangan besar hari ini dan berharap anak buahnya dapat mengekalkan keyakinan diri untuk perlawanan seterusnya menentang Indonesia di separuh akhir nanti.

"Saya sangat berpuas hati dengan aksi pasukan. Pemain menunjukkan komitmen yang tinggi serta mengikut arahan dengan baik. Kita tahu kalau seri, pasukan sudah layak ke separuh akhir, saya puji semangat pemain yang meraih kemenanga nbesar ini...memang tidak sangka boleh menang 5-0," katanya.

Tags / Kata Kunci: AUG

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan