Man U Mahu 'Belasah' Liverpool Ahad Ini

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Barisan pemain Manchester United tidak sabar menunggu Ahad ini untuk 'membelasah' Liverpool  yang ketika ini mencatatkan rekod buruk apabila kedua-duanya bertemu di Old Trafford.

Liverpool yang muncul naib juara liga musim lalu, kini menduduki tangga kesembilan dan tersingkir awal pada kempen Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu FC Basel, Rabu.

United pula berhasrat meraih kemenangan keenam berturut-turut. Pasukan bimbingan Louis van Gaal sekadar menamatkan saingan di tangga ketujuh musim lalu, terus mempamerkan aksi meyakinkan apabila mencatat kemenangan terbaru 2-1 ke atas Southampton sekali gus naik ke tangga ketiga buat kali pertama sejak Ogos 2013.

Penyerang United, Robin van Persie berkata, dia serta rakan sepasukan yang ketinggalan lapan mata berbanding pendahulu, Chelsea, akan cuba mempamerkan aksi terbaik.

“Perlawanan seterusnya adalah Liverpool. Kami tidak sabar untuk turun pada pertemuan itu," katanya.

Kapten Belanda itu juga mengharapkan aksi cemerlang dapat dipamerkan Ahad ini dengan mengekalkan momentum sedia ada untuk menjamin kemenangan berpihak kepada mereka.

Sementara itu, Chelsea akan cuba kembali mencatat kemenangan ke atas Hull City di Stamford Bridge Sabtu selepas anak buah Jose Mourinho mencatat kekalahan pertama iaitu 1-2 di tangan Newcastle United minggu lalu.

Manchester City yang menduduki tempat kedua liga pula mengambil kesempatan daripada kekalahan Chelsea dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas Everton dan kini ketinggalan tiga mata berbanding lawan. 


iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan