Dollah Mahu Harimau Malaya Kekal Momentum Cemerlang Pada Final Piala AFF Suzuki

Diterbitkan: Jumaat, 12 Disember 2014 10:19 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Dollah Salleh mahu skuad Harimau Malaya terus mengekalkan momentum persefahaman dan komitmen tinggi pada aksi final Piala Suzuki AFF 2014 menentang Thailand pada 17 dan 20 Disember ini.

Malaysia akan bertemu Thailand selepas menewaskan Vietnam 4-2 di Stadium My Dinh, Hanoi sekali gus melayakkan diri ke aksi final dengan kemenangan agregat 5-4.

Dollah berkata, Harimau Malaya telah menunjukkan satu mutu permainan yang berbeza dan cukup baik pada saingan separuh akhir kedua menentang Vietnam, malam tadi.

"Sejujurnya, saya memang tidak menyangka skuad Harimau Malaya berjaya tampilkan satu corak permainan yang kemas dan bermain dengan begitu baik pada separuh masa pertama.

"Tahniah saya ucapkan kepada semua pemain yang telah menunaikan janji mereka kepada peminat bola sepak tanah air. Mereka telah buktikan keupayaan sebenar mereka," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini, Jumaat.

Ditanya mengenai barisan kesebelasan utama skuad yang bakal turut serta pada perlawanan final pertama di Thailand pada 17 Disember ini, Dollah berkata beliau tidak pasti lagi dengan strategi yang bakal digunakannya.

Dollah berkata, berdasarkan kepada pemerhatiannya, pemain senior seperti Mohd Badri Mohd Radzi, Indra Putra Mahayuddin, Shukor Adan dan Safiq Rahim masih lagi berbisa dan menyumbang kepada kemenangan menentang Vietnam, malam Khamis.

Beliau berkata, Mohd Badri ataupun lebih dikenali sebagai Piya, pertama kali diserap dalam skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kempen Piala Suzuki AFF 2014 menunjukkan satu kesungguhan dan semangat berpasukan yang baik.

"Saya memang sentiasa membuat pertukaran pemain, kebetulan saya mahu cuba Piya. Ternyata ia berhasil dan itu adalah satu keputusan yang tepat. Piya, Safiq dan Indra berada di tengah dan mereka telah bermain dengan baik," katanya.

Sementara itu, Mohd Badri berkata, beliau agak gementar beraksi pada kali pertama bagi edisi Piala Suzuki AFF 2014 namun bagi menghindar perasaan itu merosakkan mutu permainannya, beliau sedaya upaya menampilkan aksi bertenaga.

"Piya telah lakukan yang terbaik untuk pasukan negara dan Piya harap akan terus bermain dengan mutu sebegini untuk bertemu Thailand nanti. Saya akui, Thailand bukan calang-calang pasukan. "Mereka (Thailand) merupakan sebuah pasukan yang kuat tapi saya harap, kami...Harimau Malaya mampu menjulang Piala Suzuki AFF edisi kali ini," katanya.

Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias berkata, kejayaan skuad Harimau Malaya di Hanoi membuktikan segala strategi yang dirancang oleh Dollah berhasil berikan kemenangan kepada skuad negara.

Katanya, jika diberikan peluang beraksi pada aksi final di Thailand pada 17 Disember dan Kuala Lumpur pada 20 Disember ini, beliau akan cuba menampilkan prestasi terbaiknya.

Kejayaan ini merupakan final ketiga bagi skuad Harimau Malaya dalam kejohanan Piala Suzuki AFF selepas layak pada 1996 dan 2010, yang mana Malaysia muncul juara.

Tags / Kata Kunci: final , Piala AFF Suzuki , Dollah Salleh

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan