Penyokong Vietnam Janji Tidak Kacau Penyokong Malaysia Di Hanoi

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 4:41 PM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dan penyokong-penyokongnya memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai keselamatan mereka menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di sini pada Khamis ini.

Jaminan itu diberikan berikut insiden pergaduhan berdarah penyokong Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam pada Ahad lalu selepas berakhirnya pusingan separuh akhir pertama.

Beberapa orang penyokong Vietnam mengalami kecederaan dan lima penyokong Malaysia ditahan polis berikutan kejadian tersebut.

Gambar-gambar pergaduhan menjadi viral sekaligus menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong Vietnam, malah  mereka turut menggodam laman web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa.

Mereka turut mengugut akan membalas dendam pada perlawanan kedua itu nanti.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Kelab Penyokong Vietnam dan VFF telah memberi jaminan bahaw penyokong-penyokong Malaysia yang tiba Hanoi untuk menyaksikan perlawanan ini tidak akan dikacau atau dicederakan.

"Saya telah berjumpa dengan pihak VFF dan kelab penyokong mereka, dan mereka berjanji mengenai keselamatan penyokong-penyokong Malaysia," jelas Hamidin pada Selasa.

"VFF akan memperketatkan keselamatan di bahagian pnyokong, dan akan memantau lebih dekat setap penyokong bagi mengelakkan sebarang insiden berlaku.

"Sementara itu, jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkata, pasukannya disambut dengan baik ketika tiba di sini pada Isnin lalu.

Skuadnya juga telah menjalani dua sesi latiahn di padang Stadium My Dinh tanpa sebarang kakacauan.

"Kami tidak berdepan dengan sebarang masalah sejak tiba di sini, dan sesi latihan juga berjalan dengan lancar," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Piala AFF Suzuki , Hanoi , Malayasia , Vietnam

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan