Liga M: Pemain Serbia Antara Tujuh Muka Baharu FUFC

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 9:31 PM

Indra Putra kekal bersama pasukan Felda United musim baharu nanti.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain import dari Serbia, Bojan Miladinovic yang pernah beraksi bersama kelab Uzbekistan, Pakhtakor antara tujuh pemain baharu mengikat kontrak dengan kelab Felda United FC (FUFC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2015. 

Selain Miladinovic, skuad 'The Fighters' itu turut mendapatkan khidmat enam pemain tempatan bagi memperkuat cabaran mereka dalam saingan Liga Super musim depan, susulan kejayaan muncul naib juara Liga Perdana 2014 di belakang Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka ialah Mohd Fauzan Dzulkifli dari kelab Selangor PKNS FC, Mohd Firdaus Mohd Faudzi (Sime Darby FC), Mohamad Rashid Mohamed Aya (Sarawak), dua pemain Harimau Muda A; Muhammad Ferris Danial Mat Nasir dan Shahrul Mohd Saad serta seorang pemain skuad Bawah-23 tahun FUFC, Mohamad Zamri Ramli.

Pegawai Media FUFC Suhaimi Ikhsan dalam kenyataan berkata kelab berkenaan turut bersetuju mengekalkan khidmat 19 pemain sedia ada termasuk tiga pemain import iaitu Makeche Ndumba dari Australia serta Edward Junior Wilson dan Zah Rahan Krangar, kedua-duanya dari Liberia.

Enam belas pemain lain yang dikekalkan ialah Mohd Farizal Harun, Mohd Fairul Azwan Shahrullai, Mohammad Soffuwan Tawil, Muhammad Shukor Adan, Mohd Nasriq Baharom, Qhairul Anwar Mohamad Roslani, Mohammad Khairul Ismail, Mohd Aizulridzwan Razali dan Adib Aizuddin Abdul Latif.

Hasnizaidi Jamian, Shahrulnizam Mustapa, Muhammad Syahid Zaidon, Mohd Arif Mat Asin, Ahmad Syamim Yahya, Abdul Latiff Suhaimi serta Indra Putra Mahayuddin.

FUFC sebelum ini, menggugurkan khidmat tujuh pemain selepas perbincangan lanjut antara pengendali pasukan, Irfan Bakti Abu Salim dan pihak pengurusan.

Mereka ialah Mohd Rahman Zabul, K. Thanaraj, K. Solihin, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, Muhammad Asyraf Mohd Al Japri, pemain import dari Uzbekistan,Yaroslav Krushelnitsky serta Mohd Raimi Md Nor, yang kembali ke pangkuan Selangor selepas tempoh pinjamannya bersama FUFC tamat.

Untuk rekod, FUFC muncul naib juara Piala FA selepas kalah 1-2 kepada Pahang pada aksi final di Stadium Shah Alam, 7 Jun lepas.   

Skuad 'The Fighters' turut kalah dengan agregat 5-6 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2014.

Tags / Kata Kunci: Felda United

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan