United Akan Melonjak Ke Tangga Ke-3 Jika Menang Pagi Ini

Diterbitkan: Isnin, 8 Disember 2014 7:18 PM

Pemain Manchester United meraikan kemenangan 2-1 menentang Stoke City di Old Trafford, minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

BEKAS juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan melonjak naik ke tangga ke-3 liga seandainya mereka mampu menumpaskan Southampton awal pagi ini (waktu Malaysia).

United kini selepas mengharungi 14 perlawanan liga berjaya mengumpul 25 mata hasil daripada tujuh kemenangan, empat seri dan kalah tiga.

Southampton yang bermain sama banyak perlawanan dengan United kini berada di tangga ke-4 liga, satu mata sahaja di atas United.

Ini bermakna jika United berjaya menumpaskan Southampton pada jam 4 pagi ini (waktu Malaysia), mereka akan memperolehi 28 mata - mengatasi mata yang dikumpulkan oleh Southampton (26) dan pasukan di tempat ketiga waktu ini, West Ham United yang sekarang ini mengumpul 27 mata dari 15 perlawanan.

West Ham menumpaskan Swansea 3-1 pada Ahad bagi membolehkan mereka melonjak naik pada kedudukan terbaik musim ini.

Apa yang dicapai oleh kelab London itu musim ini adalah sesuatu yang sangat luar biasa memandangkan mereka memulakan kempen dengan rekod buruk.

United sepertimana West Ham memulakan kempen musim ini dalam suasana tidak menentu dan lembab - sebahagian besarnya berpunca daripada masalah kecederaan yang dialami di barisan pertahanan.

Namun begitu mereka membentuk momentum secara perlahan dan menang dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Perlawanan United-Southampton akan berlangsung di Old Trafford, Manchester.

Astro 810 akan menyiarkan siaran langsung ini pada jam 4 pagi Selasa.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan